Tuesday 30 August 2011

UCAP SELAMAT

SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI
&
HARI KEBANGSAAN

Tuesday 9 August 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

Sudah lebih seminggu kita berpuasa.  Saya tereka, jadi lupa la nak buat N3.  Kiranya masih belum terlambat lagi la untuk turut mengucapkan selamat kepada semua.

SELMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Sama-samalah kita cuba lakukan yang terbaik.  Semoga kita diberkati rahmat yang terbaik juga.  Amin.

Thursday 14 July 2011

1 MALAYSIA VS BERSIH

Pada aku 1Malaysia dan Bersih adalah matlamat dan hasrat yang ingin direalisasi atau laksanakan untuk kebaikan semua.  Memang tujuan atau matlamat keduanya berbeza dan diterajui oleh kumpulan yang berbeza.  Tetapi jelas matlamatnya dikira murni.

Jadi aku jadi pelek kenapa orang mempersoalkan tentang status BERSIH yang dibawa ke jalanan?  Memang BERSIH tidak didaftar sebagai pertubuhan.  Sama juga dengan 1Malaysia.

Tetapi 1Malaysia lantang dilaung oleh pemimpin negara di mana-mana dengan menggunakan segala jentera kerajaan dan jumlah wang rakyat yang besar.  Sementara itu BERSIH dikekang sepenuhnya.

BERSIH juga murni tujuannya.  Mereka mahu memastikan pilihanraya bersih.

Sudah tentu kita mahu semua pihak telus!  Tentu majoriti mahu memastikan pemimpin bersih dan pemilihan pemimpin juga bersih.

Kalau ada yang tidak mahu, tentu amat janggal sekali.  Memang tidak logik sama sekali!

Sunday 26 June 2011

SESAK JALAN

Hari-hari menjadi semakin letih kerana merangkak dalam trafik yang begitu sesak.  Calang-calang memang sakit jantung dibuatnya.

Memang tak faham betul.  Apa juga masaalah tidak selesai kerana sikap pihak kuasa yang tidak berpandangan jauh.  Mereka selalu mengambil penyelesaian secara  jalan pintas berbentuk sementara.

Friday 3 June 2011

HANYA SATU N3

Teruk juga reputasi aku ni!   Sejak kebelakangan aku terlalu bz hingga tak dapat lepak di Maya.  Sedar-sedar sudah masuk bulan Jun.

Maknanya sebulan lepas aku hanya buat satu N3!  Aduh!

Bulan ni aku cuba sapu sawang la!  :)

Friday 6 May 2011

INDON JADI WARGANEGARA

Aku pergi Gombak ikut kawan untuk cari Mat-Mat Indon untuk mengecat rumah.  Kata kawan boleh nego harga dengan mereka.

Bila sampai sana baru tahu rupanya di sana tu tempat kelompok Indon.  Hampir seluruh anggota masyarakat ialah mereka yang cakap Boyan, Minang jati dan sebaginya.  Pening kepala juga dibuatnya.

Semasa sembang-sembang tu aku tanya mereka ni samaada mereka ada permit kerja.  Mereka ketawa sambil berkata mereka semua sudah jadi warganegara.  Terperanjat beruk aku!

Tapi memang itulah hakikatnya.  Mereka tunjukkan bukti kad pengenalan warganegara yang mereka telah dapat.  Heran juga - macamana mereka yang jelas-jelas datang secara haram dan duduk di sini secara haram selama bertahun-tahun, tapi sekarang mendapat kerakyatan?

Kalau rasa tak percaya, pergilah buktikan sendiri.  Mereka bangga kerana dengan menjadi rakyat kita, mereka mendapat segala kemudahan dan berpeluang meraih kekayaan serta kedudukan dalam negara.