Friday 22 April 2011

BZ PULAK

Selepas dapat akses design, terbz la pulak dengan kerja.  Cari makan, begitulah.

Kejap saja seminggu berlalu.  Hari ni baru perasan selama seminggu tak buat N3.  Beriya-iya daftar jadi blogger, tapi belum apa-apa dah tak dapat luangkan masa pula.

Macam mana orang kata boleh update hari-hari?  Kini rasa tak mudah juga tu!

Friday 15 April 2011

TAK BOLEH NAK 'UPGRADE DESIGN'

Agaknya saya mula dengan langkah yang salah.  Mula-mula susah nak daftar untuk nak jadi blogger.

Sekarang ni susah nak 'upgrade design' pula.  Kata kawan ada masaalah dengan blogger support dan kena tunggu sehingga ia OK.  Gitu pula!

Thursday 14 April 2011

RESMI AHLI BLOG

Aduh!  Ini la gayanya kalau nak ikut tu hanya dengan meninjau tengok dari belakang saja.  Tak berapa nak pandai, tapi poyo berlagak!

Sebenarnya bila dengar orang bercerita tu, bunyi macam senang saja.  Bila nak daftar, tersalah entah apa-apa.  Jadi tersangkut pula.

Dia orang minta nombor telefon bimbit untuk pengesahan.  Anak dah guna pakai, tak boleh la nak guna lagi.  Itu yang buat sangkut.

Hari ini resmi juga jadi ahli blog.  Harap-harap nanti tak ada masaalah lagi.